Friday 31 March 2017

Tin Coca-Cola 100ml Jepun



Coca-Cola tin dari Jepun ni dibeli di Japan Village, Aeon Tebrau. Ada kedai yang menjual pelbagai barangan dari Jepun. Nihon Shop kalau tak silap namanya. Dah macam kedai runcit pun ada. Hehe. Dah dapatkan pelabagai varian Coca-Cola kat kedai tu. Malah ada yang bukar dari Jepun tapi turut boleh didapati di kedai tu. Agak unik sebab memang susah nak dapat di Malaysa, Saiznya kecil, besar botol Yakult atau Vitagen je. Mungkin la pengeluar keluarkan saiz ni sebab ada yang nak minum Coca-Cola tapi sikit, tak nak minum banyak kot.

Tin Coca-Cola 500ml Jepun



Coca-Cola tin dari Jepun ni dibeli di Japan Village, Aeon Tebrau. Ada kedai yang menjual pelbagai barangan dari Jepun. Nihon Shop kalau tak silap namanya. Dah macam kedai runcit pun ada. Hehe. Dah dapatkan pelabagai varian Coca-Cola kat kedai tu. Malah ada yang bukar dari Jepun tapi turut boleh didapati di kedai tu. Agak unik sebab memang susah nak dapat di Malaysia. Saiznya agak besar, saiz botol air mineral yang kecil tu. 

Thursday 30 March 2017

Casing iPhone SE Coca-Cola



Casing iPhone SE ni dibeli di Lazada dengan harga RM9.30 je. Namun, penghantaran mengambil masa lebih daripada seminggu kerana casing ni dihantar dari luar negara. Tapi ok la. Memang dah dimaklumkan awal-awal sebelum beli oleh pihak Lazada.

Nota kaki: Ni satu-satunya barangan koleksi Coca-Cola yang digunakan sebab rasa cantik sangat pula kat iPhone SE ni..hehe.

Monday 27 March 2017

Magnet Peti Sejuk / Pembuka Botol Coca-Cola



Magnet peti sejuk / pembuka botol ni dibeli di Strawberry Park Genting Highlands.

Jam Loceng Coca-Cola


Jam loceng Coca-Cola ni dibeli di kedai barangan perhiasan di Aeon Tebrau di Johor Bahru. Harganya kalau tak silap RM29.00.

Saturday 25 March 2017

Limited Edition Tower Coke

  

 

Limited Edition Coke Tower ni dibeli di MarryBrown dengan harga RM9.90 tanpa air atau makanan. Tapi kalau beli set hidangan besar yang dijual boleh dapat ni free.

Coke Tower ni sebenarnya gabungan tumbler di bahagian bawah dan bekas makanan di bahagian atas serta mempunyai straw bercabang dua di sisi. Untuk couple la tu. Hehe...

Coca Cola Rio 2016 Aluminium Bottle dari Jepun


Coca Cola Rio 2016 Aluminium Bottle dari Jepun ni dibeli dari kedai barangan Jepun, YUBISO di Ampang Point dengan harga RM10. Sebenarnya ada satu design lagi, warna putih merah tertulis Coca Cola Japan 2020. Tapi sold out kot. Apapun, dapat beli yang ni pun ok jugak. Bukan senang nak pergi Jepun.

Nota kaki: Konfius sekejap YUBISO ni dari Korea atau Jepun sebenarnya. Sebab kat kedai tu pasang lagu Korea je dan logonya macam KIODA. Hehe.